Khamis, 14 Januari 2016

Latar Belakang Kami



AF Motors telah ditubuhkan pada 21 Januari 2013 di bawah Ordinan Perniagaan, Profesion Dan Perlesenan Perdagangan Kerajaan Negeri Sarawak dengan nombor pendaftaran perniagaan BA2013009. Bermula dengan modal sendiri sebanyak RM20,000.00 dan merupakan syarikat 100% hak milik bumiputera.

Penubuhan AF Motors adalah sejajar dengan seruan kerajaan dalam usaha membentuk usahawan kelas pertengahan dan menambah bilangan bumiputera yang bergiat dalam bidang perniagaan. Berikutan bertambahnya bilangan kenderaan di negara ini, keperluan untuk membaik pulih kenderaan semakin bertambah. Dengan adanya teknologi terkini di dalam bidang membaik pulih kenderaan, ianya dapat meningkatkan taraf keupayaan supaya lebih berdaya maju, kreatif, berkualiti dan mampu untuk bersaing. Secara tidak langsung, ianya dapat menjadi perangsang kepada pengusaha bumiputera yang lain untuk menceburi bidang ini secara komersial.

Perniagaan teras berasaskan automotif disamping kepelbagaian perkhidmatan yang berkaitan sejajar dengan permintaan yang diterima daripada pelbagai pihak. Jenis perniagaan yang telah didaftarkan adalah kerja-kerja repair, respray & service of motor vehicles, lubricants, welding equipment, sale of vehicle tools & motorcycle tyres. Kini dengan dedikasi dan komitmen yang berterusan, kami bersedia menawarkan khidmat yang berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan