Ahad, 17 Januari 2016

Mengenali Komponen Enjin Kereta



Pengetahuan asas berkaitan komponen enjin kenderaan adalah perlu bagi setiap pengguna jalan raya. Sering kita lihat keadaan panik kerap berlaku kepada pengguna sekiranya kenderaan mereka tersadai di bahu jalan raya. Sekiranya mereka mempunyai pengetahuan asas berkaitan enjin kenderaan, tentulah mereka dapat mengawal keadaan serta berupaya untuk membuat keputusan dalam situasi genting tersebut. Berikut merupakan komponen-komponen asas yang terdapat disetiap enjin kenderaan.

1. Palam pencucuh

Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.
2. Injap (Valve)

Injap masukan akan terbuka semasa campuran minyak dan udara masuk ke ruang pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.

3. Piston

Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkah enjin.

4. Piston ring



Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder.
Fungsi ring ialah :
  • Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku.
  • Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyebabkan minyak enjin tersebut berkurang. Kebanyakkan minyak enjin kereta akan berkurangan dan perlu ditambah setiap 1000 kilometer, kerana enjin kereta telah lama dan piston ring tidak dapat menutup dengan sempurna.

5. Rod penghubung

Rod penghubung akan menyambungkan antara rod dengan aci engkol. Pergerakkan aci engkol akan menyebabkan piston bergerak ke atas dan kebawah.

6. Aci engkol

Aci engkol akan menggerakkan piston ke atas dan ke bawah dalam gerakan yang sekata.

7. Aci sesondol

Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.

8. Pengaut
Pengaut berada di bahagian paling bawah enjin. Ia akan mengaut minyak enjin yang berada dalam takungan minyak, serta membasahkan seluruh bahagian aci engkol, rod penghubung serta piston. Minyak ini akan mengurangkan geseran serta dapat memanjangkan jangka hayat bahagian-bahagian enjin.

Sumber : duniaenjin

Jumaat, 15 Januari 2016

KEPAKARAN KAMI



Membaiki Enjin, Servis Dan Penukaran Alat Ganti 

AF Motors menawarkan perkhidmatan mekanik terlatih dan berpengalaman bagi kerja-kerja:
  • Servis kenderaan baru atau kenderaan lama untuk semua jenis enjin diesel dan petrol
  •   Kenderaan yang telah mengalami kerosakan sama ada enjin atau parts
  •   Kenderaan yang perlu pemulihan enjin (Overhaul)
  •   Menukar minyak hitam dan servis kenderaan
  •   Membaiki dan menukar kotak gear (gear box)
  •   Aircond kenderaan
  •   Wiring kenderaan
  •   Menukar enjin kenderaan dan pengesahan JPJ
Di bawah merupakan gambar kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan enjin yang di jalankan di AF Motors. 



Kimpalan dan Ketuk Badan Kenderaan 

AF Motors menawarkan kerja-kerja kimpalan dan mengetuk badan kenderaan bagi situasi berikut:
  • Kenderaan lama yang bocor, berlubang, lekuk dan cat terkopek kesan daripada berkarat
  • Kenderaan yang telah lekuk atau remuk akibat kemalangan.
 



Mengecat Kenderaan 

  • Menawarkan perkhidmatan mengecat kenderaan dengan berkualiti mengikut citarasa pelanggan
  • Menawarkan perkhidmatan mengecat pada semua jenis kenderaan.